ILMU SEMARAK HIDUP

VISI & MISI

VISI:

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI :

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Assalamualaikum.. Ahlan Bikum ila Sofhati...

Jika teman dan sahabat ada sebarang artikel menarik yang ingin dikongsikan disini, boleh hantar terus ke emel: skbt1078@gmail.com Sesungguhnya perkongsian ilMu yang berguna itu amatlah besar manfaatnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

**Berita SKBT**



Staff SK Bukit Tembakau 2014

Sunday, June 20, 2010

Tahniah, kepada Urusetia Motivasi Tahun 6 !!!


Pada 7 hingga 8 Jun 2010, bertempat di Ayer Keroh Country Resort, Melaka telah diadakan satu program Motivasi khas untuk semua murid Tahun 6 SK Bukit Tembakau yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2010. Program ini dijalankan pada musim cuti Penggal 1 dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj.Ghazale Bin Mohammad, Adun Kawasan Serkam.

Dalam majlis tersebut, YB Datuk Hj Ghazale telah mengingatkan pada semua murid agar melipatgandakan usaha supaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Guru-guru juga ditekankan agar memberikan latihan yang lebih memfokus pada kelemahan murid. Selain itu, program-program tambahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran dan JPNMelaka perlu sebaik-baiknya dimanfaatkan agar murid-murid tidak ketinggalan dalam menguasai teknik-teknik pembelajaran terkini.

YB juga mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pentadbir yang berjaya menyediakan program-program seperti ini dan sekaligus dapat membantu murid cemerlang dalam pembelajaran mereka yang akhirnya akan memberikan kecemerlangan akademik serta menaikkan nama sekolah. YB juga telah berjanji akan menyumbangkan RM 1000.00 sebagai tambahan kepada tabung kewangan sekolah. Guru-guru juga diharap dapat berusaha dengan ikhlas dalam memastikan misi dan visi sekolah tercapai. Alhamdulillah. . .

Mati pasti tiba...


Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.
Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.

" Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.

" Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut."

Sejarah Kg. Bukit Tembakau


Al kisah, pada asalnya kampung ini diberi nama Kampung Tambat Akau (Akar). Kampung ini terletak di bahagian hulu Sungai Umbai.

Pada suatu ketika, satu wabak telah menyerang penduduk kampung tersebut. Maka mereka telah bermuafakat untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Mereka telah memilih satu kawasan bukit yang menghala ke arah laut. Setelah berpindah maka bersetuju untuk menamakan tempat itu Bukit Tembakau.

Demikianlah caranya Kampung Bukit Tembakau mendapat nama.